Tuesday, February 10, 2015

ANIMENIACAL:- Sailormoon BOXSET


Sejak dari aku kecil lagi aku sangat meminati anime. Ya... 3 anime pertama aku adalah Doraemon, Dragon Ball dan SAILORMOON.

Anda pelik? Hahahaha! Jangan pelik kerana minat manusia memang pelik. Minat Trey Azagthoth terhadap metal, games dan anime juga pelik hahahahaha! Baiklah, SAILORMOON adalah sebuah cerita dimana seorang remaja sekolah menengah, Tsukino Usagi bertemu dengan seekor kucing hitam yang bernama Luna (kucing boleh bercakap) memberitahu yang dia merupakan seorang pahlawan cantik berpakaian kelasi (Pretty Soldier Sailor Moon). Maka, bermulalah kisah pengembaraan yang penuh romantik, bersama-sama rakan-rakan sepejuangan Ami Mizuno (Sailor Mercury), Rei Hino (Sailor Mars), Makoto Kino (Sailor Jupiter) dan Minako Aino (Sailor Venus) serta seekor kucing putih yang boleh bercakap, Artemis berdampingan dengan Minako Aino (Sailor Venus). Juga satu satunya karakter lelaki Mamoru Chiba (Tuxido Bertopeng/Masked Tuxedo). Mereka semua bekerja dalam satu pasukan menentang anasir-anasir jahat yang ingin menakluki bumi yang tercinta ini. Oh! Pelukis/Penulis untuk manga ini adalah Naoko Takeuchi.

Saya tak nak ceritakan plot-plot, watak-watak lain kerana ia sangat panjang. Hahahahaha!

Sailor Moon adalah salah satu anime yang telah MEREVOLUSIKAN genre "SHOUJO" yang bermaksud WANITA CANTIK. Maka berbuah beberapa genre iaitu "SHOUNEN" bermaksud LELAKI CANTIK, "SHOUJO-AI" iaitu hubungan seakan-akan lesbian (YURI adalah LESBIAN manakala SHOUJO-AI adalah SEAKAN-AKAN LESBIAN) serta "SHOUNEN-AI" yang bermaksud hubungan seakan-akan gay (YAOI adalah GAY manakala SHOUNEN-AI adalah SEAKAN-AKAN GAY) dan satu lagi genre iaitu FUTANARI (Dickgirl/Shemale). Tetatpi ia hanyalah KECENDERUNGAN sahaja. Ia boleh didebatkan. Saya tak mahu berdebat berkenaan status seksuality karakter ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak berguna dan membuang masa. Baik layan aja. Hahaha. Kelahiran genre ini memperluaskan lagi imaginasi kita terhadap fetish/selera nafsu seks penonton. Ya, salah satu genre anime yang kita panggil HENTAI mendapat 3 sub-genre baru iaitu YAOI, YURI dan FUTANARI (anda boleh rujuk artikel sahabat bloggers, Ahmad Raimi DISINI). Saya boleh aja menerangkan dengan lebih lanjut karakter mana yang membawa genre-genre kotor dan nakal ini. Ia adalah sesuatu yang leceh! Insya-Allah jika berkesempatan, saya akan menulis beberapa penerangan tentang genre-genre ini. Hanya sebagai PENGENALAN, bukan PROMOSI!

Target audience adalah wanita/perempuan tetapi turut mendapat sambutan hangat dari golongan lelaki (Macam SLAM DUNK, target audience adalah perempuan tetapi mendapat sambutan hangat dari lelaki juga). Saya bukanlah FANATIK tetapi meminatinya. Takdelah sampai nak tampal poster apa bagai. Hahaha!

Baiklah, BOXSET ini lengkap dengan 200 episod dan 3 movie. Juga dengan soundtrack anime ini. Saya menyukainya kerana tak payah nak cari lagi dah kat laman-laman web untuk download. Hehehehe!


Apa-apa pun, ini adalah sesuatu untuk menjamu mata anda! Hehehehe!












6 comments:

  1. aku x brapa minat menonton anime..tp aku minat baca komik/manga...dulu sailormoon main dkt tv2 aku kerap tonton...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Baca komik/manga dengan tengok anime memang lain feel dia. saya masih lagi membaca manga kerana jalan cerita manga dengan anime adalah umpama langit dan bumi bezanya! Komik/manga adalah IDEA original dari pelukis manakala anime telah diolah... malah anime menjadi lebih SAMPAH dari versi komik/manga (contoh DRAGONAUT(manga) dan DRAGONAUT: RESONANCE)

      Delete
  2. gila apa tak kenal anime ni, lepas nonton dragon ball sambung ni anime, tapi aku lupa lah cemana jalan ceritanya, yang aku ingat seruannya tu sailormon gitu hahaha.. beb aku banyak dpt info dari posting, lagi lah ceta sisi gelap anime, aku baru nak berjinak2 ngan anime, utk masa2 lapang aku, bila mana mood dengar muzik tiada... anime bleach aku dah masuk box 7 ceta makin hampa. satu episod tgk aku dah terlelap... hahaha nak cari yang anime ada unsur hentai tu. cam kamu bagi kat aku hari tu., makin luas imaginasi aku. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA!! anda betul! jangan difikirkan jalan cerita kerana ia ada 4 season! Sekarang dah ada SAILOR MOON CRYSTAL iaitu versi asal Sailormoon dari komik. Hahahaha! aku akan cuba suggest anime yang terbaik buat anda! Hahahahaha!!!

      Delete
  3. apa kita kita cuba attack on titan...hehehehe kasi racun sikit utk peminat manga/anime...heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Attack On Titan saya tak beli DVD dia. Saya download je jadi susah nak review. HAHAHAHA! Nanti saya terangkan KENAPA saya tidak lagi membeli DVD anime. Insya Allah! Hehehe

      Delete